6 Amanah, 2004.
Berguru kelaskan Pn. Norazlina. Kelas yang berada paling dekat dengan pejabat dan selalu ditegur dan dimarahi oleh semua guru. Mempunyai ketua kelas dan penolong yang berkaliber, Muhammad Alif Mustaqim dan Nur Zakiah Ilyana. Kelas yang mempunyai 40 orang murid. Oh ya, banyak juga drama yang telah berlaku antara murid-murid kelas ini. Dididik oleh guru-guru yang berdedikasi dan tegas. Seringkali mempunyai gosip yang hangat seperti radio karat. Ada juga murid yang agak dramatik dan ada juga yang mempunyai bakat yang terpendam. Ada juga yang anti-socialize. Itu kehidupan.
Ini adalah isi hati saya pada waktu ini. Sejujurnya, saya memang tak pernah lupakan apa yang pernah berlaku pada zaman sekolah rendah. Memori seharusnya dilupakan apabila umur kita berlanjutan. Perkara yang baik seharusnya diingat manakala perkara yang buruk seharusnya dilupakan walaupun agak sukar. Semestinya, saya sudah melupakan apa yang terjadi semasa zaman sekolah rendah aka zaman kejatuhan. Sesungguhnya, zaman sekolah rendah itu seharusnya menjadi kenangan manis kepada seseorang, tapi tidak pada saya. Seikhlas hati saya katakan, saya BENCI PADA ZAMAN SEKOLAH RENDAH saya. Sekian, terima kasih! ;DD
Blog ini ditaip satu persatu oleh Liza Saleh.

0 penyangak:
Post a Comment